Apakah penyelidikan?

Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru.

(Ahmad Mahzan Ayob, 1983)

Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah.

(Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)

…usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk memecahkan sesuatu persoalan tertentu, atau hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu.

(J. Supranto, 1986)

In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to show something that was not known before. However small, however modest the hoped for claim to knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and self-critically, the search for knowledge is research.

(Bassey, 1990)

 

Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan kajiselidik adalah satu langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah. Langkah sistematik ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas penyelidikan. Seseorang mungkin melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi tindakan tersebut tidak akan membawa sebarang makna yang berkesan sekiranya proses langkah sistematik diabaikan.

(Dr. Asaruddin Hj Ashaari, 1989)

Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif, bukan subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain perkataan, penyelidikan yang bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancaindera manusia.

 

Ciri-ciri penyelidikan

 

Langkah-langkah utama dalam penyelidikan

  1. Kenalpasti masalah dan nyatakan objektif
  2. Cadangkan hipotesis atau penyelesaian
  3. Kumpulkan keterangan/data
  4. Analisis data
  5. Melaporkan keputusan

 

Tujuan penyelidikan.

 

Penyiasatan

Tidak banyak perbezaan antara penyiasatan dan penyelidikan kerana masing-masing mencari kebenaran dan bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan atau maklumat baru. Perbezaan yang wujud adalah dari segi metodologi dan jenis masalah. Kedua-duanya berjalan dengan teratur mengikut langkah-langkah tertentu. Penyiasatan adalah lebih bersifat 'penyelidikan bagi sesuatu kes'. Oleh itu penemuannya boleh digunakan hanya untuk kes itu sahaja atau kes yang sama dengannya. Penyiasatan tidak membuat keputusan atau kesimpulan mengenai alam. Penyiasatan juga tidak menegakkan prinsip dasar tentang ilmu atau teori.

 

Pengertian penyelidikan

Kemajuan yang dicapai di dunia ini adalah hasil dari penyelidkan yang dijalankan oleh manusia. Kehidupan seharian manusia juga sentiasa dipengaruhi oleh hasil-hasil penyelidikan. Penyelidikan sentiasa dilakukan oleh seluruh lapisan masyarakat manusia. Organisasi kerajaan dan swasta sentiasa menjalankan penyelidikan yang dirancang dengan teliti untuk memperbaiki lagi perkhidmatan dan produktiviti masing-masing. Ahli-ahli antropologi pula sentiasa menjalankan penyelidikan tentang kesan-kesan tinggalan tamadun silam untuk mengetahui corak kehidupan dahulukala. Penyelidikan-penyelidikan dijalankan samada untuk mengetahui apa yang sedang, telah dan akan berlaku bagi menambahkan pengetahuan manusia. Ada manusia mendapat pengetahuan baru secara spontan, melalui pengalaman dan wahyu dari Allah, tetapi terdapat manusia yang memperolehi pengetahuan melalui metod yang logik untuk mendapatkan generalisasi yang dinamakan pengetahuan.

 

Erti dan kegunaan data

Kebanyakan orang yang berkerja di industri tidak menyedari tentang nilai penyelidikan pemasaran yangmembawa keuntungan kepada sesebuah syarikat serta menolong menjauhinya dari bencana-bencana yang dialami tanpa penyelidikan.

(Electronic and Power, May, 1970)

 

Oleh kerana sesuatu anggapan atau andaian itu mungkin benar atau salah dan akan digunakan untuk membuat keputusan, maka anggapan yang berupa hipotesis itu harus diuji terlebih dahulu dengan cara mengumpul data dan kemudian menggunakan asas-asas pengujian tertentu untuk mengujinya. Sesuatu penyelidikan sering dijalankan untuk menguji hipotesis atau anggapan yang mungkin benar atau salah. Anggapan yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah. Data dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu keadaan atau persoalan. Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu sering membuat keputusan. Oleh itu sesuatu keputusan yang hendak dibuat perlulah berdasarkan kepada hasil penyelidikan agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada orang lain. Pada dasarnya, data itu merupakan satu alat yang digunakan sebagai asas untuk proses membuat keputusan atau memecahkan persoalan-persoalan. Keputusan yang baik hanya boleh diperolehi dari pembuat keputusan yang baik dimana keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada data yang baik.

 

Kategori penyelidikan

Penyelidikan dikategorikan kepada dua:

 

  1. Penyelidikan asas
  2. Penyelidikan gunaan

 

Penyelidikan Asas

 

Penyelidikan Gunaan

 

 

Penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan sering perlu memerlukan dan saling kait mengait antara satu sama lain.