Hearing dan listening adalah dua proses yang berbeza. Hearing adalah proses fisiologi sementara listening adalah proses psikologi. Hearing berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse) dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan. Listening pula adalah berlaku secara psikologi, bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk percakapan. Bunyi tersebut akan diterjemahkan dan difahami. Proses pentafsiran denyutan saraf ke bentuk bunyi sehingga difahami ini adalah berasaskan kepada pengalaman pembelajaran seseorang.
Ciri-ciri media audio
murah, boleh dipadam dan diguna semula
mudah digunakan
boleh digunakan secara individu atau kumpulan
pelajar yang tidak boleh membaca juga dapat menggunakannya
mempersembahkan imej verbal dengan lebih dramatik berbanding dengan media cetak
mudah alih, boleh digunakan di merata tempat kerana boleh berfungsi dengan bateri mudah alih yang murah
kaset adalah sesuai untuk pembelajaran di rumah
penyalinan mudah dilakukan dengan kuantiti yang banyak
Limitasi
Sesetengah pelajar tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada radio tanpa seseorang bercakap dengannya secara bersemuka (face to face). Mereka mungkin hear rancangan tetapi tidak listen untuk memahaminya.
Penyediaan bahan audio akan memerlukan masa dan kemahiran
Penyimpanan dan proses mendapatkan semula bahan audio juga kadang kala mempunyai sedikit masalah.
Format audio
Piring hitam (phonogram)
Gelung terbuka (open reel)
Pita kaset
Katrij
Cakera padat (cd)
Kad audio
Pita kaset mikro
Pemilihan bahan audio
Pemilihan sesuatu bahan audio untuk digunakan di dalam pengajaran pembelajaran haruslah memenuhi beberapa kriteia tertentu supaya dapat dipastikan bahan tersebut memenuhi keperluan pengajaran pembelajaran. Langkah-langkah berikut boleh digunakan apabila membuat pemilihan sesuatu bahan audio:
1. Boleh diperolehi dalam Pusat Sumber Sekolah?
----Jika tidak ada----
2. Semak dalam berbagai direktori bahan audio
----Jika ada----
3. Adakah bahan audio tersebut memenuhi ketepatan isi kandungan pelajaran yang akan diajar?
----Jika ya------
4. Adakah bahan audio tersebut mempunyai kualiti bunyi?
-----Jika ya------
5. Adakah bahan audio tersebut menyediakan penglibatan murid?
-----Jika ya-----
6. Adakah bahan audio tersebut bersesuaian dengan aras minat murid?
-----Jika ya-----
7. Adakah bahan audio tersebut mempunyai aras perbendaharaan kata yang sesuai untuk murid?
-----Jika ya-----
8. Bagaimana dengan nilai keseluruhan bahan audio tersebut?
-----Jika baik-----
9. Bahan audio tersebut diterima untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran.
Kemudahan Peralatan Dan Kaedah
Untuk Penyediaan Bahan Audio
Jenis mikrofon
Mikrofon berbeza berdasarkan ciri-ciri directionality. Ciri-ciri ini akan menentukan kepekaan sesuatu mikrofon untuk mengesan bunyi atau pickup pattern. Terdapat dua jenis mikrofon yang digunakan dalam pendidikan berdasarkan ciri-ciri ini.
1. Mikrofon unidirectionality atau cardiod
2. Mikrofon omnidirectional
Jenis-jenis mikrofon juga boleh dikelas berdasarkan sensitiviti dan kualiti penerimaan gelombang.
Kristal (Crystal)
harga murah
ketahanan yang rendah
penerimaan isyarat yang lemah
sensitif kepada haba dan kelembapan
digunakan untuk ucapan
Seramik
sederhana dari segi harga
penerimaan isyarat yang lemah
lebih tahan dari kristal
tidak sensitif kepada haba dan kelembapan
Dinamik
kualiti tinggi
fidelity yang tinggi
tahan
boleh dipercayai
mahal
Kondenser (electret)
penerimaan frekuensi yang baik
sensitif kepada gerakan fizikal (gerakan mikrofon)
sensitif kepada bunyi
tidak sensitifi kepada gerakan mekanikal
Penghasilan audio
Unsur-unsur dalam penerbitan audio
Paralatan yang perlu ada ialah;
mikrofon
alat perakam (perakam dan pemaian kaset)
studio (tempat rakaman yang khusus)
bilik kawalan (pilihan)
kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
muzik (sebagai muzik latar)
Unsur-unsur teknikal dalam penerbitan audio ialah;
akustik
perspektif (contohnya: suara jauh, kedengaran perlahan)
kesan bunyi
muzik
distortion/filter (pengubahsuaian bunyi)
echo/gema
suara (narrator)
Muzik dan kesan bunyi
Bukti dari penyelidikan menunjukkan muzik latar tidak diperlukan untuk komunikasi berkesan dengan bahan audio visual. Tetapi untuk tujuan tertentu ia menolong menghasilkan mood yang diperlukan untuk membina kesinambungan. Muzik sebagai latar untuk tajuk mambantu memulakan narration berikutnya. Bila muzik digunakan semasa narration, ia mestilah perlahan dan tidak mengganggu tumpuan pendengar. Pilih muzik yang sesuai. Muzik semi-klasikal yang mempunyai tempo perlahan lebih sesuai daripada pop atau klasik. Jika bahan yang dihasilkan itu untuk diedarkan atau dijual, perlu kelulusan dari hakcipta muzik. Untuk tujuan pendidikan, kelulusan tersebut tidak perlu diperolehi.
Format rancangan audio
Ceramah
Majalah
Rencana/dokumentari
Forum/perbincangan
Kuiz
Drama
Format majalah mengandungi berberapa topik, penyambung. Ditujukan kepada satu sasaran atau umum. Satu gaya dengan menggunakan seorang atau dua orang penyampai.
Isi kandungan dan teknik persembahan audio
Buat pengenalan kepada rancangan. Contohnya; ‘ini adalah rancangan....’
Gunakan bahasa pertuturan (jangan seperti membaca buku).
Perhatikan penggunaan tatabahasa yang betul.
Bercakap dengan perakam seperti bercakap dengan kawan.
Jangan bersyarah
Perlu skrip yang terperinci seperti kemahiran menulis skrip dan kemahiran membaca skrip (lebih natural jika tanpa skrip, tetapi perlu ada nota panduan).
20 - 25 minit kepada orang dewasa/pelajar sekolah menengah atau kurang kepada pelajar sekolah rendah.
Libatkan pendengar dengan aktiviti yang bermakna.
Sediakan panduan belajar atau lembaran kerja digunakan bersama pita audio yang mengandungi:
tajuk
objektif
maklumat utama
rajah
visual
soalan
Beri peluang kepada pelajar mengambil nota
Sekiranya dimasukkan aktiviti pelajar, sediakan masa untuk pendengar menyiapkan aktiviti.
Senarai semak
Kurangkan gangguan latar belakang.
Tetapkan kekuatan suara.
Kualiti suara dan kejelasan suara.
Kejelasan penerangan.
‘Conversational tone’
Penglibatan pendengar.
isi kandungan jelas.
Masa tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
Panduan menulis skrip audio
Tentukan apa yang hendak disampaikan.
Senaraikan isi mengikut susunan.
Pembukaan yang menarik dan menjadi teras kepada isi.
Gambarkan seolah-olah menulis kepada seseorang pendengar secara individu.
Sebutkan apa yang hendak ditulis.
Gunakan ‘signpost’ untuk menjelaskan struktur ceramah (iaitu dengan menutup satu bahagian dan pergi ke bahagian lain, contohnya dari suasana kampung ke suasana bandar).
Gunakan percakapan biasa.
Gunakan ayat rangkai kata yang pendek.
Gunakan tanda berhenti untuk memudahkan pembaca.
Skrip hendaklah ditaip langkau dua, jeda-jeda yang besar dan para yang jelas.