PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

 

 

 

1960an - Pusat Media Daerah (PMD)

 

ê

 

1986 - Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD)

 

ê

 

14/8/1990 - PSPD ditukar kepada Pusat kegiatan Guru (PKG)

 

 

Sumber: Abdul Malek bin Bilal Sidek (1995)

 

Takrifan:

 

Jalinan rancangan prasarana pendidikan yang memberikan perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi hal-hal profesional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum, berlandaskan Teknologi Pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

 

PKG ialah pusat peningkatan profesionalisme keguruan menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan. Ia sentiasa menjalankan program-program bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan dan menggiatkan aktiviti yang memenuhi keperluan guru-guru (Leong Kam Chong & Naim Hj. Ahmad, 1994).

 

Ia merupakan institusi pendidikan, budaya perkongsian dan pendemokrasian serta rangkaian dalam pusat sumber pendidikan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Abdul Malek bin Bilal Sidek, 1995

"adalah menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya aktiviti dan program yang akan dan sedang dilaksanakan hendaklah dibuat perancangan yang menyeluruh sesuai dengan objektif penubuhan PKG ini." (Menteri Pendidikan Malaysia, 1992)

 

"....dengan itu perancangan yang rapi perlu dilakukan oleh setiap PKG demi memastikan objektif penubuhan PKG ini tercapai." (Dato Asiah Abu Samah, 1992)

 

Peranan PKG adalah sebagai:

 

  1. Pusat kegiatan profesional dan kurikulum serta pusat melaksanakan aktiviti-aktiviti ikhtisas dan kurikulum yang berkait rapat denga keperluan sekolah dan sesuatu kelompok.
  2. Pusat Sumber bagi menyediakan kedudukan dan perkhidmatan bahan-bahan pendidikan, alat bahan mengajar serta penghasilan bahan pengajaran-pembelajaran; dan
  3. Pusat sosial bagi meningkatkan proses sosialisasi antara pendidik, pentadbir dan guru melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan, kesenian dan majlis gotong-royong.

 

Faridah Abd. Manaf & T.Subahan Mohd. Meerah, 1993

 

Matlamat PKG

 

PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah, melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. Pusat Kegiatan Guru akan merealisasikan potensi dan individualiti guru, sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan negara kita.

 

Objektif PKG

 

  1. Meningkatkan kualiti, hasil daripada proses pengajaran pembelajaran yang terancang.
  2. menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran.
  3. Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama.
  4. Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah meningkatkan kualiti profesionalisme mereka.
  5. Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru.
  6. meningkatkan ketrampilan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan, sejajar dengan perkembangan kurikulum.
  7. Menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.
  8. Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.
  9. Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.
  10. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
  11. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya pelajar-pelajar dapat peluang memenuhi aspek perdagangan dan perindustrian dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat.

 

PKG sebagai agen perubahan dan penyelesaian dalam aspek-aspek kemanusiaan, kemahiran dan kemudahan;

 

  1. Tempat untuk guru-guru memberi fikiran, mengkaji semula amalan-amalannya, mentaksir keperluan-keperluan pelajar dan menilai semula prestasi dalam profesion perguruan.
  2. Tempat guru dari sekolah-sekolah berdekatan berkongsi, berpadu tenaga dan idea, bertukar-tukar fikiran, serta berkomunikasi tentang kerjaya mereka sehari-hari.
  3. Wujud untuk keperluan, bantuan dan sokongan kepada sekolah-sekolah manakala perkhidmatannya menekankan perkembangan dalam bilik darjah serta pelajar menjadi fokus utama.
  4. Tempat untuk guru-guru merancang, membina, meneroka dan meminjam bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  5. Semangat kesetiakawanan dan berdikari dipupuk sebagai asas untuk membina tradisi kerjasama dan gotong-royong yang berkekalan di PKG.